Thursday 28 April 2011


sbb r0kok d haramkan.

Jom semua baca..=) SEJARAH TERCIPTANYA ROKOK!!! Rasulullah SAW pernah bersabda (maksudnya) : “Kelak akan datang kaum-kaum di akhir zaman, mereka suka menyedut asap tembakau dan mereka berkata: Kami adalah umat Muhammad padahal mereka bukan umat ku dan aku juga tidak mengang...gap mereka sebagai umat ku, bahkan mereka adalah orang yang celaka” Abu Hurairah R.A yang mendengar sabda tersebut bertanya: “Bagaimana sejarah tembakau itu tumbuh wahai Rasulullah?” Sabda Rasulullah SAW : “ Sesungguhnya setelah Allah menciptakan Adam dan memerintahkan para malaikat untuk sujud (tanda penghormatan) kepada Adam, seluruh malaikat kemudian sujud kepadanya kecuali iblis. Dia enggan, sombong dan termasuk orang-orang yang kafir. Allah bertanya kepada iblis : Wahai iblis apa yang menyebabkan kamu tidak mahu sujud ketika Aku memerintahkan mu? Kata iblis : Aku lebih baik darinya, aku tercipta dari api sedangkan ia dari tanah. Allah berfirman: Keluarlah engkau dari syurga, sesungguhnya engkau terkutuk dan engkau dilaknat hingga akhir. Iblis keluar dalam ketakutan hingga terkencing-kencing. Dari titisan kencing iblis itulah tumbuh sejenis tumbuhan yang dinamakan pokok tembakau.” Nabi bersabda lagi : “Allah memasukkan mereka ke dalam neraka dan sesungguhnya tembakau adalah tanaman yang keji” (Saya petik keseluruhan maksud hadis ini dari buku ‘HARAM MEROKOK’ oleh Adil Akhyar muka surat 12) Kepada rakan2 ku yang merokok, moga kita tidak rasa tersinggung hati dengan hadis in

Petua memilih gadis untuk dijadikan calon isteri..(hakhak...sesuai utk jejaka2 kat luar sana...)

Petua memilih gadis untuk dijadikan calon isteri..(hakhak...sesuai utk jejaka2 kat luar sana...)     Cari Yang Duduk Bersama lbubapa ------------ --------- --------- --------- -------- Sebenarnya alam gadis terdedah kepada pelbagai gejala yang tidak begitu menyenangkan. Terdapat lebih banyak unsur negatif dari yang positif di luar rumah, malah, bagi sesetengah keluarga ianya berlaku dalam rumah sendiri. Si gadis, yang masih dalam peringkat belajar hidup mudah terpengaruh kepada unsur-unsur negatif yang boleh merosakkan kesuciannya serta kebaikan perangainya. Ini kerana unsur- unsur negatif biasanya memberikan keseronokan dan nikmat tetapi kenikmatan ini berakhir sebentar saja disusuli pula oleh sesalan dan kemuraman mungkin seumur hidup.   Wanita jelita tidak bernasib baik dan teruna yang bijak tidak cantik. - Bidalan Cina   Cari Yang Pandai Mengurus Rumahtangga ------------ --------- --------- --------- --------- --------- Pada zaman sekarang, masa remaja si gadis bererti masa sebagai pelajar sekolah menengah, pra-universiti dan pusat pengajian tinggi. Bagi gadis-gadis ini, masa untuk mereka belajar menjadi 'wanita' dari ibu adalah amat terhad, jika ada, praktikannya hanya dalam jangkamasa pendek. Kesempatan untuk berada di dapur amatlah terhad pada hujung minggu serta semasa cuti. Akibatnya, semakin ramai gadis yang berorientasikan kerja makan gaji dan tidak berorientasikan mengurus rumahtangga.   Cari Yang Hormat Kepada Orang Tua ------------ --------- --------- --------- --------- -- Selidikilah apakah dia gadis yang tahu menghormati orang tua. Ini penting kerana dia nanti akan bersua, bertandang ataupun duduk bersama ibubapa anda. Walau betapa cantik pun dia, jika dia tidak menghormati ibu dan bapa mertuanya, dia akan menyebabkan anda menjadi serba-salah dalam menangani kehidupan anda.   Kejelitaan wanita, gema hutan dan pelangi, akan wujud sebentar saja. - Bidalan Jerman   Cari Yang Pandai Menjaga Kehormatan ------------ --------- --------- --------- --------- ----- Hal ini juga dapat diperhatikan di kalangan gadis-gadis yang tidak begitu berjaya dalam pelajaran. Lebih ramai yang suka bekerja makan gaji dari membantu lbu di rumah atas alasan meringankan beban keluarga. Bagi gadis yang mudah 'lupa' masa inilah mereka akan jadi rosak. Mereka akan keluar dengan lelaki tanpa segan silu, mula memakai pakaian yang ketat dan menjolok mata serta belajar berbagai cara dari rakan sebaya untuk memikat lelaki. lbubapa yang tidak mengawasi gerak-geri anak gadisnya mungkin akan menyebabkan gadis itu menjadi gadis murahan.   Cari Yang Tidak Bebas Dengan Lelaki ------------ --------- --------- --------- --------- -- Pada zaman dahulu, ada lbubapa yang sengaja tidak menghantar anak perempuannya ke sekolah. Takut nanti jadi perempuan jahat akibat dapat bergaul dengan lelaki secara bebas. Bila zaman semakin moden, pemikiran cara ini dianggap sudah usang. Ramai pula menganggap adalah lebih baik bagi wanita bersekolah asalkan saja di sekolah dia dilengkapi dengan input tatasusila dan adat apatah lagi agama.   Wahai si jelita jangan banggakan wajahmu, ianya hanya tamu yang akan berundang beberapa hari saja.- Bidalan Hindustan   Cari Yang Didikan Agamanya Cukup ------------ --------- --------- --------- --------- - Beredarnya zaman perlu mengambil kira faktor sekeliling si gadis. Jelas pada kita bahawa cara hidup gadis sekarang sudah jauh berbeza berbanding gadis satu atau dua dekad silam. Namun, dari sudut nalurinya adalah sama saja. Zaman gadis adalah zaman mencari identiti dan cuba mengekalkan identiti itu. Jika terdedah dia kepada yang buruk maka buruklah jadinya. Walaupun begitu, gadis yang mendapat didikan yang baik besar kemungkinan akan menjadi wanita yang berguna kepada negara dan agama malah boleh menjadi contoh teladan sama ada kepada wanita mahupun lelaki.   Kadangkala lebih baik wanita buta dari wanita yang terlalu jelita. - Bidalan Servia   Cari Yang Berpegang Teguh Pada Suruhan Agama ------------ --------- --------- --------- --------- --------- - Ada empat sebab utama mengapa teruna memilih seseorang gadis, kerana kecantikannya, kerana hartanya, kerana keserasian taraf dan kerana agama. Yang akan membahagiakan ialah memilih gadis yang beragama. Dimanakah letaknya nilai gadis yang cantik? Letaknya ialah pada keimanan gadis itu. Jika dia cantik dan dia pula beriman, berharta dan setaraf pula, maka dialah yang masuk ke dalam kategori gadis yang 'tak boleh tahan'. Tapi sedarlah, dia akan memilih lelaki yang baik-baik pula!   Bertunang Jangan Lama ------------ --------- --------- --- Blia anda sudah melamarnya, jangan tunggu lama-lama. Nikahlah dengan segera kerana gadis jelita, ramai yang ingin menggodanya. Elakkan dari membawanya ke sana-sini kerana ini akan menerbitkan cemburu di hati lelaki yang jahat serta membahayakan keselamatan si gadis. Petua orang tua-tua, kalau boleh, semasa bertunang perlulah berahsia, semasa bernikah perlulah dihebahkan agar semua orang tahu.   Katakan kepada wanita bahawa dia jelita, dan syaitan akan mengulangi kata itu kepadanya sepuluh kali. - Bidalan tali   Kahwini Dia Ketika Usianya Masih Muda ------------ --------- --------- --------- --------- -------- Hal lni mungkin dianggap satu kontroversi oleh ramai orang tapi la merupakan kebenaran yang sukar untuk dinafikan. Mengahwini gadis jelita ketika umumya masih muda remaja dapat membantunya agar selamat dari godaan dan gangguan lelaki yang tidak bertanggungjawab. Ramai gadis jelita yang telah rosak kerana merosakkan diri atau dirosakkan. Ibubapa seharusnya melepaskan anaknya untuk dikahwini lebih awal dan jangan membuat alasan bahawa anaknya masih belajar atau baru bekerja.   Seorang gadis, sama ada dahulu ataupun sekarang, layak berkahwin blia dia sudah berumur kira-kira 13 tahun. Ramai orang mungkin berflkir anda gila mengahwini gadis semuda itu, tapi siapakah sebenarnya yang gila jika gadis jelita seperti ltu besar kemungkinannya akan ternoda? Cuma, lbubapa patutlah mempastikan bahawa anak gadis mereka mendapat suamiyang baik serta bertanggungjawab.   Wanita jelita yang kurang bernasib baik akan berjumpa lebib ramai pencinta berbanding suami.- Bidalan Jerman   Elakkan Dari Terlalu Cemburu ------------ --------- --------- --------- - Memang sudah menjadi adat dunia, gadis yang cantik jelita memang menjadi idaman teruna, suami orang mahupun duda. Elakkan dari menaruh perasaan cemburu. Yang penting ialah sejauh manakah anda telah bertindak untuk memilikinya. Bila si gadis telah menjadi isteri anda, didiklah dia agar dia menjaga kehormatannya serta taat pada agama.   Layan Dia Dengan Baik ------------ --------- --------- -- Walau betapa jelita pun dia, seorang gadis tidak memandang pada paras rupa anda. Yang penting bila anda berkahwin dengannya ialah cinta anda kepadanya. Cinta bukan bermakna anda mahu ambil bulan bawa ke ribanya atau selalu melakukan seks dengannya. Cinta pada wanita ialah memahami jiwa mereka dan melayani mereka dengan baik. Bila dia sudah cinta pada anda seluruh jiwa raganya, dia tidak akan mudah tergoda dengan lelaki lain. Dia akan hanya anggap anda sebagai pengarang jantung dan buah hatinya.   Kejelitaan wanita yang tidak berguna itu ibarat racun dalam cembul emas.- Bidatan Tamil   Bertanggungjawab ------------ --------- ----- Walau betapa jelita pun dia, seorang gadis mahukan lelaki yang mampu menjaganya dengan baik, menguruskan kebajikannya serta memimpinnya menjadi wanita yang baik serta taat pada agama. Lelaki yang mereka mahukan ialah yang bertanggungjawab terhadap anak-anak serta menghormati pula ibubapa si gadis.   ******     credit to : Petua untuk si gadis

menarik sngat...rugi x bace tau...sweet..!!!!

admin share dr cousin admin, cousin admin pula share dari kawan dia...sharing is caring hayatilah...mmg sebuah kisah cinta yg menarik untuk kita baca...     Ini kisah mereka.. kisah cinta yang insyaAllah membawa ke syurga.   Kata mak..   Mak abah berjumpa di program. (Mungkin tamrin sebenarnya) Program akhir tahun siswa siswi universiti.   Kata mak, ketika itu mak sedang menuruni tangga, dan terpandang abah. ...Itulah kali pertama mereka berjumpa mungkin. Cinta pandang pertama.   Mak muslimah yang solehah, beriman. Bertudung labuh dan berjubah lembut. Mak mempunyai wajah yang indah subhanAllah. Cantik dan menyenangkan. Mak pernah dipinang, malah beberapa kali. Alhamdulillah, mak senantiasa bergantung pada Allah. Setiap pinangan, mak akan istikharah. Pernah hadir sebuah pinangan untuk mak, yang mak istikharah ke atasnya. Dan kata mak..   "Mak mimpi mak pakai pakaian pengantin.. indah.. tapi mak pelik.. kenapa baju pengantin mak tak habis dijahit.. tak lengkap.."   Dan pinangan abah datang. Hadir, Seakan angin yang menyampaikan sinar bahagia yang menenangkan.. dan pada Allah, mak bergantung harap. Mak sekali lagi istikharah.   Dan Allah mengurniakan. Juga tanda dalam mimpi.   Mak lihat..   "Mak sembahyang,. mak solat.. dan abah.. abah yang menjadi imam.. abah yang menjadi pemimpin.."   Cerita mak sambil tersenyum..   Dengan redha, mak menerima, dengan cita-cita menjadi isteri yang solehah. Alhamdulillah.   Aku pernah melihat surat mak pada abah semasa pertunangan. Surat cinta dahulu kala. Aku tersenyum. Hehe. Membahagiakan. Aku pernah melihat buku haraki yang dihadiahkan mak pada abah, dengan kata-kata semangat seorang muslimah kepada mujahid. Agar terus tetap dalam perjuangan. Oh, bahagianya..   Mak selalu cerita tentang kenangan manisnya..   Dulu, ketika mak mengidam mengandungkan anak sulungnya, iaitu aku, mak pernah teringin untuk makan buah, dan abah belikan 2 bekas besar khas untuk mak. Ketika mak dalam pantang dan terasa meikmati keindahan minuman, abah hadir dengan satu jug besar. Cerita mak sambil tersenyum.   Dan begitulah abah, terlalu baik. Amat baik. Dan hidup mak senantiasa bersama abah.   Mak kadang-kadang sakit. Pernah mak pengsan dua kali. Pernah mak memasuki wad. Pernah kami sekeluarga mengalami detik-detik yang amat mensyahdukan. Abah pangku mak, dan abah menangis. Aku sebak melihat abah menangis. Dan aku tak pernah melihat abah menangis seperti itu sebelum ini. Dan abah, benar-benar menjaga mak dengan sepenuh jiwa dan raga.   Cerita mak..   Ketika sama-sama menunaikan haji. Ketika semua jemaah sudah pulang, abah masih belum pulang walaupun sudah 2 jam berlalu. Mak risau.   Dan kelihatan abah..   "Abang ke mana? Risaunya ani.."   "Abang buat tawaf, dua kali.. satu untuk abang, dan satu untuk ani.." kata abah sambil tersenyum.   Mak terharu, biasanya tawaf setengah jam. Tapi disebabkan ramai orang, jadi sejam. Dan abah sanggup buat untuk mak.   Abah dan mak selalu berlumba untuk beribadah..   "Abang buat solat sunat tasbih lagi banyak daripada ani.."   "Isk, ani tak boleh sembahyang boleh lah abang potong.."   Dan abah hanya ketawa.   Dalam sunat tasbih, dalam solat tahajjud, dan pelbagai perkara. Di rumah ada sebuah buku. Amalan harian di bulan ramadhan, amalan setiap hari. Dan abah dan mak selalu berebut untuk buku tersebut. Selalu bertukar tangan.   Pernah mak tanya,   "Abang suka ani marah-marah, tapi sihat ke.. atau ani diam, tapi ani sakit.."   "Tentulah abang suka ani sihat, walaupun marah-marah.." jawab abah..   Dan bila mak teringinkan sesuatu, abah akan usaha membahagiakan mak. Abah seorang tukang masak yang baik. Amat baik.   Dan abah selalu membanggakan mak.   Ke mana mak pergi, mak bangga bila orang berkata. Dan selalu berkata.   "Beruntung Ani dapat suami macam tu.."   Mak gembira.   Kadang-kadang mak pening kepala. Abah akan belai kepala mak. Bacakan ayat al-quran dengan penuh kasih sayang. Dan itu amat menenangkan mak..   Pernah mak berkata..   "Abah terlalu baik, amat baik.. Sehinggakan mak penah terfikir, jika abah mengimpikan untuk berkahwin baru. Mak akan izinkan, mak akan benarkan.. Abah terlalu baik, dan mak senantiasa inginkan kebahagiaan abah.."   Dan abah selalu membanggakan mak, hingga saat terakhir. Hingga abah kini,   Sudah tiada.   Pergi untuk bertemu cinta agungnya..   Abah membanggakan mak dengan senyuman manisnya walaupun abah sudah tiada. Senyuman yang meredakan tangisan kami. Abah membanggakan mak dengan pujian sahabat abah kepada jenazah.   Mak sedih, terlalu sedih. Mak peluk dan belai abah.   Ketika tangisan mak mereda. Mak berkata..   "Senyuman abah sinis, seperti senyumannya selalu untuk mengusik mak.."   Mak seakan tak lalu makan. Dan aku cuba menyuap. Mak menahan sambil menangis.   "Jangan suap mak, mak akan teringatkan abah.."   Mak tak boleh mendengar deringan telefon.   "Mak berharap sangat yang telefon tu abah.."   Mak terus menangis.. Sebentar mak tersenyum.   "Abah terlalu baik, sehinggakan nak mencari keburukan, susah sangat.. kecuali satu.. suara abah yang tak sedap.. Itupun mak rindukan sangat suara tu..." ujar mak..   Menarik nafas. Dalam. Amat dalam.   "Nadwan, mak perlu kuat kan? Sebab abah dah pergi dengan baik sangat. Jadi mak kena gembira. Mak kena gembira bila abah gembira. Abah, dah bahagia sangat hingga senyum begitu sekali. Mak juga nak jadi macam abah. Mesti abah dan dapat bidadari yang cantik-cantik kan?Agak-agak abah ingatkan mak lagi tak?.. "   Mak terus tersenyum.   "Mak nak buat ibadah banyak-banyak.. mak nak jadi macam abah.. mak nak masuk syurga sama-sama... sampai nanti.. insyaAllah.. mak nak jadi ketua bidadari untuk abah di syurga nanti..."   Dan hati seorang isteri terus tabah. Mendamba penuh harapan dalam tangisan penuh kerinduan...       Mudah-mudahan kita juga boleh menjadi macam mereka....

DOA ANTARA DUA SUJUD

Bismillah wal Hamdulillah..   Hanya Menyampaikan...     Dengan rendah hati, nyatakanlah permohonan ampun kepada Allah melalui doa ini. “Rabbighfirli (Tuhanku, ampuni aku)”   Diam sejenak, hayatilah maksud ini semasa membuat bacaan.  Buka dada dan diri kita untuk menerima ampunan dari Allah  seperti membuka diri ketika merasakan hembusan  angin sepoi-sepoi atau menerima curahan air hujan  ketika kita masih kecil.   Tetaplah membuka diri kita untuk menerima ampunan Allah.  Ulangi permintaan itu beberapa kali hingga kita merasakan ketenangan.   Kemudian sampaikanlah permintaan kedua,   “Warhamni (sayangi aku)”   Diam dan tundukkanlah diri kita untuk menerima  kasih-sayang Allah yang tak terhitung besarnya.   Bukalah dada kita seluas-luasnya agar semakin banyak  kasih-sayang Allah yang kita terima.  Ulanglah beberapa kali hingga kita merasa cukup.     Kemudian, berturut-turut sampaikanlah permintaan-permintaan  berikut dengan cara sebagaimana tersebut di atas, satu persatu.   “Wajburnii (tutuplah aib-aibku)” “Warfa’nii (angkatlah darjatku)” “Warzuqnii (berilah aku rezeki)” “Wahdinii (berilah aku petunjuk)” “Wa’Aafinii (sihatkan aku)” “Wa’fuannii (maafkan aku)” Setelah selesai, diamlah sejenak, kemudian lahirkan rasa syukur kita kepada Robbi.     Lihatlah, betapa besarnya maksud dan nilai doa ini.  Ia adalah satu doa yang kita hanya baca  begitu saja (tanpa memahami maksudnya).  Dalam tidak kita sedar selama ini,  kita sebenarnya seperti sedang berpura-pura memohon sesuatu.   Kerana kita memohon, tapi tidak memahami apa yang dipohon.   Sekian, renung-renungkan dan sampaikan.   Sebaik-baik manusia ialah orang yang dapat memberi manfaat kepada orang lain.  

FAKTA-fakta menarik mengenai lelaki

1. Sebenarnya Lelaki tidak mencari wanita yang cantik, yang dicari adalah wanita yang sejuk hati melihatnya dan mempesona. (Untuk itu, dia selalu meminta Anda berdandan. Bukan kerana dia mata keranjang, tetapi mereka ingin Anda terlihat mempesona).   2. Lelaki sangat benci dikhianati. (Walau mereka egois, keras, dan kuat, tetapi mereka adalah makhluk yang lemah).   3. Ketika saat ini dia menyukai Anda, beberapa saat kemudian, dia lupa dan malah asyik bersama kawan-kawannya. (Hal ini adalah wajar, tetapi bukan berarti Anda tidak pernah ada di hatinya).   4. Jika dia mengatakan “Ya, memang aku tidak memahami kamu,” itu maknanya pemikiran dia dan Anda berbeza. (Bukan berarti tak boleh bersatu, tetapi mencuba untuk saling memahami satu sama lain).   5. Dalam sehari, dia akan sibuk bermain dan menjalani aktivitinya bersama kawan-kawannya. Tetapi percayalah,ketika dia bersiap hendak tidur, Anda selalu ada di dalam fikirannya. (Dan percayalah, mereka suka senyum-senyum sendiri saat membayangkan betapa cantiknya Anda hari ini).   6. “Awak sedang buat apa?” atau “Dah makan belum?” adalah ayat yang paling selalu diucapkan oleh lelaki ketika di telepon. (Mereka memang bukan makhluk yang pandai berbasa-basi, tetapi mereka sungguh ingin tahu semua hal perkara tentang Anda).   7. Jika seorang lelaki benar-benar mencintai Anda, dia akan menerima Anda apa adanya. Tak peduli Anda gemuk, hitam atau berjerawat. (Mereka mungkin akan memberi nasihat pada Anda untuk diet ketika Anda merasa gemuk, tetapi mereka tulus mencintai Anda).   8. Lelaki sangat tergila-gila ketika melihat senyuman Anda. (Untuk itu jangan memelihara muka yang masam di wajah Anda, tersenyum dan buatlah dia semakin terpesona).   9. Lelaki akan melakukan apa saja untuk menarik perhatian Anda. (Termasuk menceritakan kisahnya kepada bekas kekasihnya, walau terkadang hal ini tidak perlu diceritakannya pada Anda).   10. Lelaki tidak suka jika Anda bercerita tentang bekas kekasih anda. (Walau kadang-kadang dia suka cerita tentang bekas kekasihnya kepada Anda, tapi dia sangat cemburu jika dia mendengar kisah bekas kekasih Anda).   11. Jika lelaki ingin bertemu dengan orang tua Anda, jangan ragu dan malu. Dia serius dengan Anda!.   12. Lelaki ingin selalu berbagi semua hal dengan Anda, namun terkadang dia tidak boleh mengungkapkan semua hal dengan baik. (Untuk itu, jangan paksa dirinya bercerita jika memang dia belum siap untuk bercerita kepada anda).   13. Sesekali, lelaki menangis. (Semua bayi, lelaki mahupun wanita menangis, dan lelaki dewasa juga memiliki rasa sedih, ketika mereka kecewa dan sedih, mereka pun boleh menangis seperti Anda. Berikan pelukan dan sokongan padanya,kerana Anda ada untuknya).   14. Jangan berusaha membuat lelaki marah,kerana mereka adalah makhluk tuhan yang mudah marah.   15. lelaki adalah makhluk simple, mereka bukan tipikal yang selalu berharap dan berandai-andai.   16. Lelaki akan mencuba mendapatkan hati wanita yang memutuskannya, sebelum akhirnya mereka berusaha melupakannya. (Inilah yang membuat mereka gagal menelepon Anda setelah berpisah, dan kemudian akhirnya menyerah kerana Anda memberikan respon yang negatif).   17. Saat Anda membuat seorang lelaki jatuh cinta, selamanya dia tidak akan pernah boleh melupakannya. (Untuk itu boleh dikatakan lelaki lebih lemah dan susah melupakan dibanding wanita).   18. Jangan pernah berkata padanya, “Mmhh.......lupakan jelah” kerana hal ini akan membuat dia bertanya-tanya dan bahkan curiga pada Anda. (Seperti halnya wanita, mereka juga makhluk yang sensitif dan mempunyai rasa ingin tahu).   19. Lelaki tidak akan pernah boleh tidur, jika dengan perlahan Anda mengusap belakangnya. Dan membelai lembut kepalanya. (Percayalah, jika Anda melakukan ini pada kekasih Anda, maka ia akan terus menerus merindukan Anda).   20. Lelaki selalu memiliki cara untuk memuji Anda (baca: merayu Anda).   21. Jika lelaki ragu-ragu dan terlihat berpikir keras ketika Anda menyatakan pendapat atau meminta mereka melakukan sesuatu, artinya mereka tidak mahu melakukannya. (Kebanyakan lelaki akan berbohong dan melakukan hal yang tidak ingin ia lakukan untuk wanita yang ia cintai. Tapi percayalah, mereka sangat menderita dan merasa terkongkong).   22. Jika Anda berkata tidak, yang ada di dalam pikiran lelaki adalah “Akan aku cuba lagi” (Masih ingat kan saat dia meminta Anda menjadi kekasihnya?).   23. Anda tidak akan pernah boleh membuat lelaki memahami dalam sekali bual saja. Mereka makhluk yang cerdas, tetapi terkadang susah bagi mereka untuk memahami Anda. (Begitulah lelaki menyebut wanita sebagai makhluk yang susah dipahami).   24. Lelaki benci gay! (Bukan bermaksud diskriminasi atau jahat, tetapi terkadang mereka tidak habis berfikir, mengapa seseorang boleh menyukai sesama jenisnya. Dan terkadang mereka malah takut dan cenderung putus kawan dengan mereka yang berhubungan dengan sesama jenis).   25. Lelaki sangat menyayangi ibunya.   26. Lelaki akan menyimpan sebagian wangnya hanya untuk membeli hadiah kecil untuk Anda.   27. Lelaki sering berfikir tentang wanita yang mungkin menyukai mereka,(tetapi bukan berarti mereka menyukai wanita itu).   28. Anda tidak akan pernah boleh memahami lelaki, kecuali Anda menyediakan waktu untuk mendengar keluh kesah mereka dan bukan melulu bercerita tentang diri Anda.   29. Jika seorang lelaki dengan sungguh-sungguh mengatakan, Anda adalah satu-satunya orang yang dicintainya, percayalah, perkataannya tulus dari dalam hati.   30. Bukan lelaki saja yang gemar bergosip,ketika bersama kawan lelakinya, mereka juga selalu bergosip.   31. Wanita, adalah kelemahan setiap lelaki. (Mereka tidak akan tahan melihat air mata jatuh dari mata Anda. Mereka juga tidak suka melihat Anda bersedih).   32. Tak seperti wanita, lelaki lebih jujur dan terbuka tentang diri mereka. Mereka lebih menerima kekurangan apa adanya.   33. Boleh saja membuat lelaki penasaran pada Anda, tetapi jika digantung terlalu lama, mereka juga boleh bosan dan jenuh.   34. Percaya atau tidak, lelaki adalah juri yang adil dan baik.   35. Walau kadang-kadang mereka kelihatan selekeh, tetapi pada dasarnya lelaki suka kebersihan,bau wangi, dan keindahan.   36. Lelaki lebih suka pada wanita yang menghargai dirinya apa adanya.   37. Lelaki mencintai seorang wanita yang boleh menjadi sahabat, sekaligus kekasih baginya.   38. Jika ada seorang lelaki yang menceritakan masalahnya, Anda cukup mendengarkannya. Jangan beri nasihat atau menyalahkan dirinya.   39. Jika ada seorang lelaki menyukai Anda, lihat lebih jauh ke dalam matanya. (Mata adalah jendela hati, dan ia tak pernah menipu).   40. Lelaki selalu memiliki cara untuk menghindarkan Anda dari lelaki lain. (Salah satunya dengan menolak diajak jalan-jalan ke shopping mall).   41. Lelaki lebih menyukai wanita yang cerdas,dibanding wanita yang hanya tahu tentang make up dan mini skirt.   42. Lelaki adalah makhluk yang sok pandai, mereka malu bertanya kepada wanita apa yang diinginkan.Hasilnya,kebanyakan tekaan mereka seringkali meleset.   43. Ketika lelaki menginginkan sesuatu, mereka akan membayangkannya. Tetapi mereka tidak mahu terlibat terlalu jauh. Mereka lebih cenderung memendam dalam-dalam keinginan mereka jika tahu keinginan itu susah diwujudkan.   44. Lelaki adalah makhluk yang payah dalam soal rahasia. Mereka hampir tidak boleh menyimpan rahasia dengan baik.   45. Terkadang, lelaki terlalu banyak berpikiran negatif berbanding positif.   46. Fantasi lelaki tentang wanita adalah satu-satunya fantasi yang tidak mungkin dibatasi. (Sekalipun mereka telah memiliki pasangan dan keluarga).   47. Tinggi badan mungkin bukan masalah yang terlalu penting bagi lelaki, tetapi mereka cukup peduli pada berat badan (wanita khususnya, termasuk Anda).   48. Jika lelaki mulai serius dengan hubungannya, maka mereka akan menjadi makhluk yang super aktif. (Inilah mengapa dia selalu berusaha menjemput dan menghantar Anda, serta selalu memeriksa inbox message di dalam handphone Anda)   49. Jika Anda tahu bagaimana menaklukkan lelaki Anda, mereka tidak akan pernah boleh jauh dari Anda.   50. Bagi lelaki, melupakan seseorang memerlukan waktu yang lebih lama dari seumur hidup.  

Pengorbanan Seorang Isteri

 Pengorbanan Seorang Isteri Nurmemerhatikan jam didinding, sudah dekat pukul 12.00 malam,argh.. Dia lambat lagi malam ini. Akhirnya sofa itu jugak menjadi katilnya malam ini.   2.00 pagi. "Nura, Nura bangun sayang". Hilmi mengejutkan isterinya. "Eh! abang dah balik, maaf Nura tertidur, abang nak makan?" tanya Nura. "Tak per lah abang dah makan tadi, Jomlah kita tidur di atas". Jawapan yang cukup mengecewakan Nura.   "Arrggh rindunya Nura pada abang, rindu nak makan semeja dengan abang, abang tak nak tengok ker apa Nura masak hari ni, ikan cencaru sumbat kesukaan abang," luah Nura dalam hati.   "Abang naiklah dulu Nura nak simpan lauk dalam peti ais dulu", Pinta Nura sambil menuju ke dapur. Gugur air mata isterinya menyimpan Kembali lauk-lauk yang langsung tidak dijamah suami tercinta kecil Hatinya sedih perasaannya. Nura ambil dua keping roti sapu jem dan makan untuk mengalas perut kerana dia sememangnya lapar, tapi selera makannya terbunuh dengan situasi itu. Nura menghirup milo panas sedalam-dalamnya dan akhirnya masuk bilik air gosok gigi dan terus menuju ke bilik tidur. Sekali lagi terguris hati seorang isteri apabila melihatkan suaminya telah terlelap.   "Sampai hati abang tidur dulu tanpa ucapkan selamat malam tanpa kucupan mesra, tanpa belaian dan tanpa kata-kata kasih abang pada Nura", bisik hati kecilnya.   "Aargghh rindunya Nura pada abang. "Nura rindu nak peluk abang, Nura nak kucup abang, Nura rindu abang".   Selesai solat subuh, Nura panjatkan doa semoga dia sentiasa beroleh bahagia, dipanjangkan jodohnya dengan Hilmi tercinta, diberi kesihatan yang baik dan paling panjang dan kusyuk dia berdoa semoga Allah Berikan kekuatan untuk menempuh segala badai. Selesai menjalankan amanat itu, Nura kejutkan Hilmi, manakala dia bingkas menuju ke dapur menyediakan sarapan buat suami tersayang. Nura keluarkan ayam dan sayur dan mula menumis bawang untuk menggoreng mee.   "Assalamualaikum", sapa Hilmi yang sudah siap berpakaian untuk Ke pejabat.   "Waalaikumsalam, sayang". Nura cuba bermanja sambil menambah, "abang nak kopi atau teh?" Nura tetap kecewa apabila Hilmi hanya meminta air sejuk sahaja, dia ada 'presentation' dan hendak cepat, mee goreng pun hanya dijamah sekadar menjaga hati Nura dan tergesa-gesa keluar dari rumah. Nura menghantar pemergian suami hingga ke muka pintu.   "Abang, Nura belum cium tangan abang, abang belum kucup dahi Nura", kata Nura selepas kereta itu meluncur pergi. "Arrghh rindunya Nura pada abang....... ."   -----------------------------------------------------------------------   "Mi, semalam pukul berapa kau balik?" tanya Zikri.   "Dekat pukul 2.00 pagi". Jawab Hilmi acuh tak acuh. "Wow dasyat kau, kalah kami yang bujang ni, woi semalam malam Jumaat ler, kesian bini kau". Zikri bergurau nakal.   "Apa nak buat, lepas aku siapkan plan tu, aku ikut Saiful dan Nazim pergi makan dan borak-borak, sedar-sedar dah pukul 2.00", aku balik pun bini aku dah tidur. "Balas Hilmi.   "Sorrylah aku tanya, sejak akhir-akhir kau sengaja jer cari alasan balik lewat, hujung minggu pun kau sibuk ajak member lain pergi fishing, kau ada masalah dengan Nura ke?". Zikri cuba bertanya sahabat yang cukup dikenali sejak dari sekolah menengah, sampai ke universiti malah sekarang bekerja sebumbung.   "Entahlah Zek, aku tak tahu kenapa sejak akhir-akhir aku rasa malas nak balik rumah, bukan aku bencikan Nura, kami tak bergaduh tapi entahlah", terang Hilmi.   "Well, aku rasa aku perlu dengar penjelasan lebar kau, aku nak dengar semuanya, tapi bukan sekarang. Lepas kerja jom kita keluar ok?". Usul Zikri. "Ok." Ringkas jawapan Hilmi sambil menyambung kembali merenung plan bangunan yang sedang direkanya.   -----------------------------------------------------------------------   Nura membuka kembali album kenangan itu. Tersenyum dia bila melihatkan saat manis dia diijab kabulkan dengan Hilmi. Majlis ringkas, hanya dihadiri sanak saudara dan rakan terdekat. Maklumlah yatim piatu, kenduri ini pun mujur sangat kakak sulungnya sudi mengendalikan. Saat-saat sebegini Nura teringat kembali alangkah indahnya sekiranya ibunya masih ada, akan diluahkan segalanya pada ibu tetapi sekarang, dia tidak punya sesiapa. Nura menangis sepuas hatinya.   5 tahun menjadi suri Hilmi, bukan satu tempoh yang pendek. Nura bahagia sangat dengan Hilmi, cuma sejak akhir-akhir ini kebahagiaan itu makin menjauh.Nura sedar perubahan itu, dan dia tidak salahkan Hilmi. Makin laju air matanya mengalir.   "Abang sanggup menerima Nura, abang tidak menyesal?". tanya Nura 5 tahun yang lepas.   "Abang cintakan Nura setulus hati abang, abang sanggup dan Insya-Allah abang akan bahagiakan Nura dan akan abang tumpahkan sepenuh kasih saying buat Nura,"janji Hilmi.   "Walaupun kita tidak berpeluang menimang zuriat sendiri?". Tanya Nura lagi.   "Syyy... doktor pun manusia macam kita, yang menentukan Allah, Insya-Allah abang yakin sangat kita akan ada zuriat sendiri", Hilmi meyakinkan Nura.   Nura masih ingat saat itu, apabila dia menerangkan pada Hilmi dia mungkin tidak boleh mengandung kerana sebahagian rahimnya telah dibuang kerana ada ketumbuhan. Harapan untuk mengandung hanya 10-20 peratus sahaja. Tapi Hilmi yakin Nura mampu memberikannya zuriat. Tapi, itu suatu masa dahulu, selepas 5 tahun, Nura tidak disalahkan Hilmi sekiranya dia sudah mengalah danterkilan kerana Nura masih belum mampu memberikannya zuriat. Walaupun Nura sudah selesai menjalani pembedahan untuk membetulkan kembali kedudukan rahimnya dan mencuba pelbagai kaedah moden dan tradisional. Arrghh rindunya Nura pada abang.     "Aku tak tahu macam mana aku nak luahkan Zek, sebenarnya aku tidak salahkan Nura, dia tidak minta semuanya berlaku, isteri mana yang tidak Mahu mengandungkan anak dari benih suaminya yang halal, tapi..." ayat Hilmi terhenti disitu. "Tetapi kenapa? Kau dah bosan? Kau dah give up?", Celah Zikri.   “Bukan macam tu, aku kesian dengan dia sebenarnya,duduk rumah saja,sunyi, tapi sejak akhir-akhir ini perasaan aku jadi tak tentu arah, aku rasa simpati pada dia, tetapi kadang-kadang perasaan aku bertukar sebaliknya", terang Hilmi.   "Maksudnya kau menyesal dan menyalahkan dia?", tingkas Zikri.   "Entahlah Zek, aku tak kata aku menyesal, sebab aku yang pilih dia, aku tahu perkara ni akan berlaku, cuma mungkin aku terlalu berharap, Dan akhirnya aku kecewa sendiri. Dan aku tidak mahu menyalahkan Nura sebab itulah aku cuba mengelakkan kebosanan ini, dan elakkan bersama-samanya macam dulu kerana aku akan simpati aku pada dia akan bertukar Menjadi perbalahan", Jelas Hilmi.     "Dan kau puas hati dengan melarikan diri dari dia?", kata Zikri tidak berpuas hati dan menambah, "apa kata korang ambil saja anak angkat?"   "Anak angkat tak sama dengan zuriat sendiri Zek, kau tak faham. Aku harapkan zuriat sendiri dan dalam masa yang sama aku tahu dia tak mampu, ibu dan kakak-kakak aku pun dah bising, mereka suruh aku kawin lagi, tapi aku tak sanggup melukakan hati dia Zek. Aku tak sanggup", Ujar Hilmi.   ---------------------------------------------------------------------   Nura masih menanti, selalunya hujung minggu mereka akan terisi Dengan pergi berjalan-jalan, membeli belah, atau setidak-tidaknya mengunjungi rumah saudara mara ataumenjenguk orang tua Hilmi dikampung. Kini dah hampir 5 bulan mereka tidak menjenguk mertua dia. Dia sayangkan mertua dan iparnya yang lain macam saudara sendiri. Dia tidak punya ibu, maka dengan itu seluruh kasih sayang seorang anak dicurahkan kepada kedua mertuanya. Sebolehnya setiap kali menjenguk mertua atau kakak-kakak iparnya dia akan bawakan buah tangan untuk mereka, biasanya dia akan menjahit baju untuk mereka, itulah yang selalu dibuat untuk menggembirakan hati mertuanya, maklumlah dia punya masa yang cukup banyak untuk menjahit.   Selalunya juga dia akan buatkan kek atau biskut untuk dibawa Pulang ke kampung suami tersayangnya. Dan mereka akan gembira sekali untuk pulang ke kampung, tapi kini... aarghh rindunya Nura pada abang.   Nura tahu Hilmi pergi memancing sebab dia bawa bersama segala peralatan memancing, dan hari ini sekali lagi Nura menjadi penghuni setia rumah ini bersama setianya kasihnya kepada Hilmi. Nura masih tidak menaruh syak pada Hilmi, dia masih cuba memasak sesuatu yang istemewa untuk Hilmi bila dia pulang malam nanti, tapi Nura takut dia kecewa lagi.   Arghh tak apalah,demi suami tercinta. Aaarggh Rindunya Nura pada abang.     "So you dah tahu i dah kawin, tapi you masih sudi berkawan dengan I kenapa? Adakah kerana simpati atau ikhlas?" tanya Hilmi pada Zati yang dikenali dua minggu lepas semasa mengikut teman-teman pergi memancing.   Sejak itu Zati menjadi teman makan tengaharinya, malah kadang teman makan malamnya.   "I ikhlas Hilmi, dan I tak kisah kalau jadi yang kedua, I dah Mula sayangkan you". Zati berterus terang. Lega hati Hilmi, tapi Nura?     "Abang Nura tak berapa sihatlah bang rasa macam nak demam saja," Adu Nura pagi tu, sebelum Hilmi ke pejabat.   "Ye ker? Ambil duit ni, nanti Nura call teksi dan pergilah klinik ye, abang tak boleh hantar Nura ni." jawapan Hilmi yang betul-betul Membuatkan Nura mengalirkan air mata. Tidak seperti dulu-dulu, kalau Nura sakit demam Hilmi sanggup mengambil cuti, bersama-sama menemani Nura. Arrgg rindunya Nura pada abang.   Disebabkan Nura terlalu sedih dan kecewa, dia mengambil keputusan tidak mahu ke klinik selepas makan dua bijik panadol, dia terus berbaring.   Sehingga ke petang, badan dia semakin panas dan kadang terasa amat sejuk, kepalanya berdenyut-denyut. Nura menangis lagi. Malam tu, seperti biasa Hilmi pulang lewat setelah menemani Zati ke majlis harijadi kawannya. Nura masih setia menunggu dan dia rasa kali ini dia ingin luahkan segala perasaan rindu dan sayangnya pada Hilmi. Tak sanggup lagi dia menanggung rindu yang amat sarat ini, rindu pada manusia yang ada didepan mata setiap hari. Aargh rindunya Nura pada abang.   Apabila Hilmi selesai mandi dan tukar pakaian, Nura bersedia Untuk membuka mulut, ingin diluahkan segalanya rasa rindu itu, dia rasa sakit demam yang dia tanggung sekarang ini akibat dari memendam rasa rindu yang amat sangat.   "Abang, Nura nak cakap sikit boleh?" Nura memohon keizinan seperti kelazimannya.   "Nura, dah lewat sangat esok sajalah, abang letih," bantah Hilmi. "Tapi esok pun abang sibuk jugak, abang tak ada masa, dan abang Akan balik lambat, Nura tak berpeluang abang". ujar Nura dengan lembut.   "Eh.. dah pandai menjawab,"perli Hilmi.   Meleleh air mata Nura, dan Hilmi rasa bersalah dan bertanya apa Yang Nura nak bincangkan.   "Kenapa abang terlalu dingin dengan Nura sejak akhir-akhir ni? Tanya Nura.   "Nura, abang sibuk kerja cari duit, dengan duit tu, dapatlah kita bayar duit rumah, duit kereta, belanja rumah dan sebagainya faham?" Hilmi beralasan.   Nura agak terkejut, selama ini Hilmi tak pernah bercakap kasar Dengan dia, dan dia terus bertanya, "dulu Abang tak macam ni, masih ada masa untuk Nura, tapi sekarang?" Ujar Nura.   "Sudahlah Nura abang dah bosan, pening, jangan tambahkan perkara yang menyesakkan dada", bantah Hilmi lagi.   "Sampai hati abang, abaikan Nura, Nura sedar siapa Nura, Nura tak mampu berikan zuriat untuk abang dan abang bosan kerana rumah kita kosong, tiada suara tangis anak-anak bukan? Dan Nura terus bercakap dengan sedu edan.   "Sudahlah Nura abang dah bosan, jangan cakap pasal tu lagi abang tak suka. Bosan betul..."   Pagi tu, Hilmi keluar rumah tanpa sarapan, tanpa bertemu Nura dan tanpa suara pun. Nura makin rindu pada suaminya, demamnya pula kian menjadi-jadi. Malam tu Hilmi terus tidak pulang ke rumah, Nura menjadi risau, telefon bimbit dimatikan, Nura risau, dia tahu dia bersalah, akan dia memohon ampun dan maaf dari Hilmi bila dia kembali. Nura masih menanti, namun hanya hari ketiga baru Hilmi muncul dan Nura terus memohon ampun dan maaf dan hulurkan tangan tetapi Hilmi hanya hulurkan acuh tak acuh sahaja. Nura kecil hati dan meminta Hilmi pulang malam nanti kerana dia ingin makan bersama Hilmi. Hilmi sekadar mengangguk. Tetapi malam tu Nura kecewa lagi. Hilmi pulang lewat malam. Demam Nura pulak makin teruk, dan esoknya tanpa ditemani Hilmi dia ke klinik, sebab sudah tidak tahan lagi.     Abang pulanglah abang, pulanglah Nura ingin beritahu perkhabaran ini, pulang abang, doa Nura. Nura kecewa tapi masih menanti, bila masuk hari ketiga dia sudah tidak sabar lagi, dia menelefon ke pejabat. Dan telefon itu disambut oleh Zikri.   "Syukurlah Nura kau telefon aku, ada perkara aku nak cakap ni, Boleh aku jumpa kau?", tanya Zikri   "Eh tak bolehlah aku ni kan isteri orang, mana boleh jumpa kau tanpa izin suami aku,berdosa tau", tolak Nura.   Pilunya hati Zikri mendengar pengakuan Nura itu.Setianya kau perempuan, bisik hatinya.   "Oklah kalau macam tu, aku pergi rumah kau, aku pergi dengan mak aku, boleh?" pinta Zikri   "Ok, kalau macam tu tak apalah, aku pun dah lama tak jumpa mak kau, last sekali masa konvo kita 6 tahun lepas kan ?" setuju Nura.   -----------------------------------------------------------------------   "Eh kenapa pucat semacam ni? tegur Mak Siti. Nura hanya tersenyum penuh makna, dan membisik, "Allah makbulkan doa saya mak cik". Pilu hati Mak Siti dan betapa dia sedar betapa Allah itu Maha Mengetahui apa yang Dia lakukan.   Segera Mak Siti mendapat Zikri di ruang tamu dan khabarkan Berita itu. Zikri serba salah.   "Nura, aku anggap kau macam saudara aku, aku tak tahu macam mana Nak mulakan, aku harap kau tabah dan tenang, sebenarnya Hilmi dalam Proses untuk berkahwin lagi satu, dan aku sayangkan korang macam Saudara sendiri, dan aku tak sanggup rumah tangga korang musnah macam ni, kau tanyalah dengan Hilmi dan bincanglah, cubalah selamatkan rumah tangga korang." terang Zikri.   Nura menangis semahunya dibahu Mak Siti, rasa hampir luruh Jantung mendengarkan penjelasan itu. Patutlah selalu tidak balik rumah. Berita gembira yang diterima pagi tadi, sudah tidak bermakna. Nura menantikan Hilmi sehingga ke pagi, namun dia masih gagal.   Dua hari kemudian Hilmi pulang dan sibuk mengambil beberapa Pakaian penting, dan masa ini Nura bertekad untuk bertanya.   "Ya betul apa yang Nura dengar tu, dan kami akan langsungkan jugak, dan abang takkan lepaskan Nura, itu janji abang, mak ayah pun dah tahu dan mereka tak kisah asalkan abang tidak lepaskan Nura, kerana mereka juga sayangkan Nura, dan Nura kena faham abang inginkan zuriat sendiri, walau apa pun persiapan sedang dibuat, abang janji takkan abaikan Nura." Janji Hilmi.   Nura sayu mendengar, dan bagaikan kelu lidahnya untuk berkata-kata. Dan segala perkhabaran gembira itu terbunuh menjadi khabar duka. Nura terlalu kecewa.   ----------------------------------------------------------------------   Hilmi masih menanti diluar, rasa amat bersalah bersarang dikepala, sejak dihubungi Zikri, dia bergegas ke hospital apabila dimaklumkan Nura pengsan dan mengalami pendarahan. Doktor dan jururawat keluar masuk. Dia masih resah.   "Insya-Allah En. Hilmi, dua-dua selamat". terang doktor pada Hilmi.   "Dua-dua apa maksud doktor? tanya Hilmi   "Dua-dua ibu dan baby dalam kandungan tu, tapi dia kena banyak Berehat kerana rahimnya tidak begitu kukuh, saya takut banyak bergerak Akan menyebabkan berlaku keguguran, tapi kami dah mulakan injection Untuk kuatkan paru-paru baby dan jahitkan rahim dia dan bersedia untuk early delivery dalam kes macam ni," terang doktor.   "Ya Allah Nura mengandung, Ya Allah berdosanya aku pada Nura", kesal Hilmi.   Malu rasanya untuk menatap muka Nura.   "Kenapa Nura tak bagi tahu abang yang Nura mengandung? kesal Hilmi.   "Nura memang nak bagitau abang tapi, bila abang cakap abang Sudah bertunang dan akan berkahwin dengan perempuan Nura tak sampai hati bang, Nura tak sanggup abang malu dan keluarga abang malu." Jelas Nura.   "Nura sebenarnya, abang belum bertunang dengan budak tu, abang Cuma sekadar berkawan sahaja. Belum pernah abang bincangkan soal kawin lagi, dan abang tak sanggup nak teruskan hubungan tu lagi kerana abang akan jadi ayah tidak ama lagi." janji Hilmi.   Kesal kerana mengabaikan Nura yang mengandung itu, membuatkan Nura risau dan akhirnya pitam dihalaman rumah, mujurlah ada jiran nampak Dan membawa kehopital, dan mujur jugak Nura pengsan dihalaman, dapat dilihat orang.   -----------------------------------------------------------------------   "Mama kenapa mama buat tu, biarlah mak yang buat,"marah Hilmi bila melihatkan Nura cuba menyapu lantai. Sejak keluar hospital hari tu, mertua dia meminta supaya Nura tinggal saja dirumah sehingga bersalin kerana dia memang tidak dibenarkan doktor melakukan sebarang kerja, bimbang keguguran kerana rahimnya tidak kuat.   "Ala Papa ni, biarlah mama buat sikit sajalah."balas Nura. Itulah panggilan manja mereka sekarang ni.   Dengan pengawasan rapi doktor, yang setiap dua tiga sekali akan melakukan pemeriksaan, dan bila usia kandungan mencecah 6 bulan, doctor mengarahkan supaya Nura hanya berehat dihospital, supaya senang mengawasi Nura dan andainya apa-apa berlaku Nura akan terus dibedah untuk menyelamatkan nyawanya dan bayi yang dikandung. Setiap hari Nura akan dilawati oleh Hilmi. Nura amat bahagia, ternyata bayi yang dikandung membawa sinar, amat berharga kehadiran dia nanti, sebab itulah Nura sanggup tinggal di hospital, sanggup menelan berjenis ubat, sanggup disuntik apa saja semuanya demi bayi itu.   Kandungan sudah di penghujung 7 bulan, Nura amat bahagia merasakan gerakan-gerakan manja bayi yang dikandungnya. Setaip tendangan bayi dirasakan amat membahagiakan. Doktor makin teliti menjaga Nura, kerana bimbang berlaku pertumpahan darah, dan akhirnya apa yang dibimbangi para doktor menjadi nyata apabila Nura mengalami pertumpahan darah Yang serius, lantas terus dia ditolak ke dalam bilik bedah dalam masa beberapa minit sahaja. Hilmi tiba bersama ibu dan ayahnya, dia panik sekali, namun cuba ditenangkan oleh kedua orang tuanya. Hampir 1 jam berlalu, apakah khabarnya Nura di dalam sana . Hilmi makin risau, setengah jam kemudian doctor keluar.   Hilmi meluru "doktor bagaimana isteri saya ?", Hilmi terus bertanya.   "Sabar, kami telah cuba sedaya upaya, tahniah anak encik selamat, encik dapat anak perempuan, seberat 2.1 kilogram, dan kini kami cuba Sedaya upaya untuk selamatkan Puan Nura Ain." terang doktor.   "Apa maksud doktor? Tanya Hilmi yang sudah tidak sabar.   "Begini, dia kehilangan banyak darah, kami cuba sedaya upaya menggantikan darahnya yang keluar itu, dan masih berusaha, namun rahimnya terus berdarah dan kami mohon kebenaran untuk membuang terus rahimnya demi menyelamatkan nyawanya." Jelas doktor.   "Buatlah doktor, saya izinkan asalkan isteri saya selamat."     Errrmmm... lekanya dia sampai terlena." tegur Hilmi sambil membelai dan mengusap kepala Nur Syuhadah yang terlena akibat kenyang selepas menyusu dengan Nura. Nura hanya tersenyum. Hari ni genap seminggu usia Syuhadah. Nura Ain masih lemah akibat kehilangan banyak darah. Namun dikuatkan semangat demi Nur Syuhadah buah hatinya. Dia mencium sepenuh kasih saying pipi comel anaknya itu. Dia membelai sayu wajah comel itu. Entah kenapa dia rasa seperti terlalu sayu hari itu, hatinya terlalu sepi, semalam dia mimpikan arwah ibunya, datang menjenguk dia dan Syuhadah, tanpa suara, ibunya hanya tersenyum. Dan akhirnya berlalu begitu sahaja.   Hari ini Nura menjadi seorang perindu, ia rindukan ibunya, dan diceritakan perkara itu pada Hilmi.   "Mungkin mak Nura datang tengok cucu dia, dan dia amat gembira", pujuk Hilmi menenangkan Nura. "Abang... tolong Nura bang!!" laung Nura dari bilik air.   "Ya Allah Nura kenapa ni? Hilmi ketakutan.   "Mak... tolong mak... makkkkkkkkkkk" Hilmi menjerit memanggil emaknya didapur.   "Cepat, bawak pergi hospital, cepat Hilmi" perintah Mak Zaharah.     -----------------------------------------------------------------------   "Maaf dia tidak dapat kami selamatkan, terlalu banyak darah yang keluar, dan kami tak sempat berbuat apa-apa, dia terlalu lemah dan Akhirnya dia dijemputNya", terang doktor. Terduduk Hilmi mendengarkan hal itu.   Jenazah selamat dikebumikan. Syuhadah seakan mengerti yang dia sudah tidak akan menikmati titisan-titisan susu Nura Ain lagi. Syuhadah menangis seolah-olah ingin memberitahu dunia yang dia perlukan seorang ibu, seorang ibu yang bersusah payah, bersabung nyawa demi untuk melihat kelahirannya. Demi membahagiakan papanya, demi membahagiakan neneknya. Syuhadah terus menangis seolah-olah tidak rela dia dipisahkan dengan ibunya hanya bersamanya untuk sekejap cuma. Semua yang hadir kelihatan mengesat mata, tidak sanggup mendengar tangisan bayi kecil itu. Semua terpaku dan terharu, Hilmi mendukung Syuhadah dan memujuk bayi kecil itu, akhirnya dia terlelap didakapan papanya.     Abang yang Nura rindui,   Abang maafkan Nura kerana selama ini tidak mampu menjadi isteri yang terbaik buat abang. Saat abang membaca surat ini, mungkin Nura sudah jauh meninggalkan abang, Nura tak harapkan Nura akan selamat melahirkan anak ini, tapi Nura harap bayi akan selamat walau apa yang terjadi pada Nura. Itu harapan Nura bang. Nura masih ingat, rumah tangga kita hampir runtuh kerana Nura tidak mampu memberikan zuriat buat abang, tapi bang, kali ni doa Nura dimakbulkan, dan untuk itu, biarlah Nura menanggung segala kapayahan demi zuriat ini bang. Saat Nura menulis surat ini, Nura masih lagi menjadi penghuni setia katil hospital ini. Baby kita makin nakal bergerak bang, tapi Nura bahagia merasa tiap tendangan dia abang, Nura bahagia, cukuplah saat manis ini Nura dan dia.   Nura rasakan setiap pergerakannya amat bermakna, dan andainya ditakdirkan Nura hanya ditakdirkan untuk bahagia bersama dia hanya dalam kandungan sahaja Nura redha bang. Siapalah Nura untuk menolak ketentuanNya. Nura tak mampu abang. Cukup bersyukur kerana sekurang-kurangnya Allah makbulkan doa Nura untuk mengandungkan zuriat dari benih abang yang Nura cintai dan kasihi selamanya. Nura redha sekiranya selepas ini walau apa terjadi, Nura redha, kerana Allah telah memberikan Nura sesuatu yang cukup istemewa, dan andainya maut memisahkan kita Nura harap abang redha sebagaimana Nura redha.   Syukurlah sekurang-kurang Allah berikan nikmat kepada Nura untuk merasai nikmatnya menjadi seorang ibu walau cuma seketika. Andai Apa yang Nura takutkan terjadi, dan bayi ini dapat diselamatkan Nura harap abang akan jaganya dengan penuh kasih sayang. Nura harap abang jangan biarkan hidupnya tanpa seorang ibu. Cuma satu Nura harapkan dia akan mendapat seorang ibu yang mampu menjaga seorang anak yatim dengan baik dan menjaganya dengan penuh kasih sayang. Seumur hayat Nura, Nura tak pernah meminta sesuatu dari abang, dan kini inilah permintaan Nura, janjilah anak ini akan mendapat seorang ibu yang penyayang.   Abang yang Nura rindui...   Dulu sewaktu rumah tangga kita dilandai badai, Nura ingin sangat ucapkan kata-kata ini pada abang, tapi Nura tak berkesempatan, dan Walaupun kini Nura tiada lagi, tapi Nura nak abang tahu yang...   Nura rindukan abang...... Nura rindu sangat dengan abang..... Rindu bang... rindu sangat....   Sekian,   Ikhlas dari nurani isterimu   Nura Ain Bt. Abdullah   Hilmi melipat kembali surat itu, yang telah dibaca berulang kali dan kini dia amat rindukan Nura Ain... dan kini barulah dia sedar betapa berharga sebuah kerinduan itu..... Nura.... abang juga rindukanmu sayang.. bisik hati Hilmi.
www.facebook.com/cstproduction www.cstproduction.com

Nak Tahu x Kenapa perempuan mudah menangis?

Di bawah ini hanyalah sebagai pengetahuan kepada anda sekalian untuk mengetahui kenapa perempuan mudah menangis. Supaya bagi mereka-mereka yang lelaki tahu, kenapa teman wanita mereka terlalu mudah untuk mengalirkan air mata sekiranya berlaku sesuatu dalam perhubungan.     Suatu hari, seorang anak bertanya kepada ibunya, "Ibu, mengapa ibu menangis?"   Ibunya menjawab, "Sebab ibu adalah perempuan, nak."   "Saya tidak mengerti ibu," kata si anak.   Ibunya hanya tersenyum dan memeluknya erat. "Nak, kau memang tak akan mengerti…"     Kemudian si anak bertanya kepada ayahnya. "Ayah, mengapa ibu menangis?"   "Ibumu menangis tanpa sebab yang jelas," sang ayah menjawab.   "Semua perempuan memang sering menangis tanpa alasan."     Si anak membesar menjadi remaja, dan dia tetap terus bertanya-tanya, mengapa perempuan menangis? Hingga pada suatu malam, dia bermimpi dan bertanya kepada Tuhan, "Ya Allah, mengapa perempuan mudah menangis?" Dalam mimpinya dia merasa seolah-olah mendengar jawapannya:   "Saat Ku ciptakan wanita, Aku membuatnya menjadi sangat utama.   Kuciptakan bahunya, agar mampu menahan seluruh beban dunia dan isinya, walaupun juga bahu itu harus cukup nyaman dan lembut untuk menahan kepala bayi yang sedang tertidur.   "Kuberikan wanita kekuatan untuk dapat melahirkan bayi dari rahimnya, walau kerap berulangkali menerima cerca dari si bayi itu apabila dia telah membesar.   "Kuberikan keperkasaan yang akan membuatnya tetap bertahan, pantang menyerah saat semua orang sudah putus asa.   "Ku berikan kesabaran jiwa untuk merawat keluarganya walau dia sendiri letih, walau sakit, walau penat, tanpa berkeluh kesah.   "Kuberikan wanita perasaan peka dan kasih sayang untuk mencintai semua anaknya dalam apa jua keadaan dan situasi. Walau acapkali anak-anaknya itu melukai perasaan dan hatinya. Perasaan ini pula yang akan memberikan kehangatan pada anak- anak yang mengantuk menahan lelap. Sentuhan inilah yang akan memberikan kenyamanan saat didakap dengan lembut olehnya.     "Kuberikan wanita kekuatan untuk membimbing suaminya melalui masa-masa sukar dan menjadi pelindung baginya. Sebab bukankah tulang rusuk yang melindungi setiap hati dan jantung agar tak terkoyak..?   "Kuberikan kepadanya kebijaksanaan dan kemampuan untuk memberikan pengertian dan menyedarkan bahawa suami yang baik adalah yang tidak pernah melukai isterinya. Walau seringkali pula kebijaksanaan itu akan menguji setiap kesetiaan yang diberikan kepada suami agar tetap berdiri sejajar, saling melengkapi dan saling menyayangi.   "Dan akhirnya, Kuberikan wanita air mata, agar dapat mencurahkan perasaannya. Inilah yang khusus kepada wanita, agar dapat dia gunakan bila-bila masa pun dia inginkan. Ini bukan kelemahan bagi wanita, kerana sebenarnya air mata ini adalah "air mata kehidupan."  

Wednesday 27 April 2011

http://obyadawiyah.shoutmix.net

surat untuk future husband ........

layan!! ................................................................................................................................................................................................................................ Kehadapan bakal suamiku (harap-harap ada satu saja kamu). Oh, Laling (boleh saya call kamu laling kan?) Laling, saya tulis ini bukan sebab saya sangap nak kahwin laling, walaupun biological clock saya dah tik-tok-tik-tok –kesha dah dengan saya ni. Bukan juga untuk menyindir dan meletak syarat tinggi2 ala puteri Gunung Ledang laling, tapi nukilan ini hanya semata luahan hati saya. Oh Laling (chewah geli pulak dah ni) Laling, I hope time I jumpa you nanti, you dah bersedia nak settle down and kahwin. Wah laling, geli you vaca statement I kan? Tapi laling, I tak suke couple-couple. Couple dua tiga empat lima tahun pun, last2 putus jugak. I tau laling, ramai lelaki ni couple sekadar nak melepas kesunyian je. Maklum la kurang kasih sayang dari mak. Tapi tanggungjawab tak ada. Paling tak best kalau yang mau geli-geli aje. Eee tak suka la laling! Tambah dosa je tau kapel ni. So kalau kita jumpa nanti laling, tapi saya jual mahal, laling jangan marah tau. Kalau saya tak boleh dating, you mesej saya dalam Facebook pun tak pe. Jangan mesej2 gersangsudahla! Saya report sama itu Mark Zuckerberg! Oh laling, Kalau nanti saya first time jumpa laling saya tanya dah Solat Subuh ke belum, laling jangan marah tau. Wajib tau laling saya ni tak tinggal solat. Saya tengok rakan-rakan saya selalu merungut pakwe die tak bangun pagi. Hantar mesej “good morning” pukul enam pagi haram tak balas. Ring-ring telefon die tiga empat minit pun tak angkat. Last-last pukul lapan baru mesej macam orang mamai “sorry sayang, I baru bangun…makan jom.” Ohh!! Tampar laju-laju! Okeh laling, nanti kalau dalam proses mengenal diri saya miscall-miscall pagi-pagi laling tak angkat…siap laling! Pastu laling mesti tau Imam kan solat. Paling tidak surah-surahJuz Amma pun jadilah. Qunut pendek Qunut panjang dua-dua mesti tau. Ye la, bukan ke kahwin ni macam bina masjid. Mana ada masjid boleh fungsi kalau takde Imam? Laling kata macamlah saya tak pernah tinggal solat? Eh, of cozz la saya tinggal solat, saya kan perempuan. Kikikiki… Oh laling, Kalau awal-awal kahwin nanti saya masak tak sedap laling jangan marah ek. Biasa la, sebelum ni masak untuk mama and papa je. Dah diorang suka garam banyak tu, minyak banyak ni. Tup tap laling kata banyak sangat pulak. Laling, nanti laling tegur la baik-baik. Kata “masakan sayang sedap, lain kali kurang skit garam je.”. penat tau saya masak. Jangan pulak asyik2 makan kat luar sebab saya masak tak sedap. Paling kurang pun bagila buku resepi sebuah dua untuk hari jadi. Takpun periuk nasi Faber atau Elektrolux. Ni tak, asik-asik lupa je tarikh hari jadi dan hari anniversary kita. Sedih tau kita. Time ni la saya tunggu laling balas segala jerit perih saya masak dan jaga anak laling…. Oh laling, Tau nanti tak lama lagi bila kahwin laling mesti mau anak. Kalau boleh satu pasukan bolasepak laling nak kan? Ye la, nanti boleh la jemput Chelsea datang KL buat friendly match! Anyway laling, I on je (wah terkejut kau!). Tapi syaratnye laling kenalahtolong-tolong kemas rumah dulu, handle lampin anak sama-sama, paling kurang tolong hidang apa yang saya masak.Penat laling? Saya pon penat gak. Laling pikir, kerja saya 8-5 hari-hari. Balik rumah terus masak makan malam, tukar lampin anak kemas rumah, cuci pinggan, basuh baju…lepas tu kena layan laling pulak. Heisss…kalau kurang layan laling nak jadikan tu alasan pasang dua pulak! Senang-senang laling, kita upah bibik sorang. Takpe laling, I bayar separuh you bayar separuh. Yang penting kita bahagia…ke laling bahagia? Oh Laling, Kalau nanti you jalan-jalan dengan I (of cozz lepas kahwin ok), laling jangan la malu nak pegang tangan. Ni saya tengok, pasangan suami isteri, suami jalan depan, isteri jalan punyelah kat belakang dengan anak-anak, laling. Paling tak best couple-couple muda remaja lalu sebelah boleh pulak bermesra-mesraan. Tangan tu lekatttt je kat pinggang ok. Laling, kenapa kita tak boleh macam tu? Malu ke laling? Saya tengok suami Arab boleh je pegang tangan bini dia. Bini kemain purdah lagi.(of coz I taktau camne rupa bini die. Kot rupe cam Salma Hayek tak tau la). Dan laling, Kalau laling tengok awek-awek cun depan mata jangan la lalingsweet-sweet jelling-jeling pulak. Kalau laling type yang gatal depan-depan saya laling pi usik dia lagi. Amboi laling, laling suruh saya pakai tutup aurat segala jadi wanita muslimah, tup-tap bila laling keluar dgn saya laling pi tengok yang baju singkat macam Fasha Sendat. Apa laling kata “dia pakai macam tu laling tengok la?” Laling, dia pakai macam tu dosa dia dengan Allah aje. Tapi bila laling tengok laling pon tumpang dose sekali. Laling nak? Laling kata laling tak boleh tahan diri dari tengok? OK laling, next time kita keluar saya pakaikanblindfold ya. Dapat jugak pahala saya menghalang zina mata. Hihihhiihhi Laling, kalau you betul, betul sedia, I tunggu you lama-lama pun takpe. Maklum la I tau payah nak simpan duit untuk masa depan. Papa I pun makan megi je dulu taw, sebab nak kumpul duit kahwin. Tapi laling, kena la ingat untuk berjimat cermat. Jangan laling merungut sebab kos kahwin tinggi, tup-tap-tup-tap, laling pergi beli iPhone 4. Haa~~ kalau kahwin nanti lagilah. Jangan sengkek kalau anak nak beli coklat Tora Datang Lagi Dengan Mainan Pistol Air tapi laling boleh pulak pergi beliLCD TV. Apa laling kata, itu keperluan kita bersama? Ah, laling sorang je yang akan tengok TV nanti. Mesti laling kongker tengok Chelsea main EPL kan…. Laling, kita tak payah hidup kaya raya pun takpe. Kalau gaji laling kecik, kita campur dua jadi besar. Tapi jangan mengada-ngada nak anak ramai pulak kalau gaji kecik. Tak termakan diorang nanti. Bukan apa, saya cuma ingat kat anak je. Saya dapat makan separuh pinggan takpe. Asal anak dapat makan sampai gemuk macam Giant. Kalau tak dapat fulfill syarat tu jangan harap nak kahwin dua laling! Cuma ingat laling, cari rezeki halal. Kalau halal, dengan perancangan rapi insyaallah laling, kita senang

Aku menyesal kawin...

231040.9.3_u   Ini cerita aku.. Aku (bukan nama sebenar) baru je kawin, ngan pilihan mak aku. Aku tak penah kenal pon dia (bukan nama sebenar gak). Tapi mak punye pasal kan, aku terpaksa follow je la. Arghh, nyesal giler kawin..   Kalau dulu masa belom kawin, ikut suka aku je nak tido kol brape, nak bangun kol brape. Pastu kadang2 sampai tengah hari tido, sampai terlepas kuliah.. haha. Tade orang marah pon. Lecturer pon tak marah.   Tapi skarang, nak tido lewat sikit je ade orang sound. "Jom la bang tido...". Pastu kalau tak bangun Subuh memang kena cubit peha la aku ni. Kesian kena buli..   Kalau dulu masa belom kawin, ikut suka aku je nak makan kol brape, nak makan ape. Boleh makan best2, sebab beli kat kedai.. Tapi skarang, huhu.. Macam budak kecik je, kena ikut jadual makan! Dah la kadang2 dia masak masin la, pahit la.. Pastu kadang2 dia bagi aku makan sayor je bebanyak. Tak makan kang kecik hati lak, pastu tulis kat status facebook dia. Arghh, nyesal giler kawin..   Kalau dulu masa belom kawin, ikut suka aku je nak shopping bile, kat mane, nak beli ape.. Kira berbelanja tanpa waswas la. Tu yang shopping kejap je melayang 2 3 ratos skelip mata. Hohoho.. Tapi skarang, nak pegi shopping je, dia dah siap2 ngan list barang nak beli. Tade dalam list, tak leh amik!! Dah la berejam-jam pusing.. Leceh tol la orang pompuan nih. Muka dia takyah citer la, memang ceria je kalau masok shopping mall. Aku je yang muka tensen. Arghh, nyesal giler kawin...   Kalau dulu masa belom kawin, rambut aku ni macam2 pesen la bleh buat.. Ala Korea bleh, ala Carles Puyol (Kapten Barcelona) pon bleh buat, tade orang sound. Tapi skarang, panjang sket je kene sound.. panjang sket je kene sound.. Dia kata x hensem la, x kemas la.. Tak potong kang dia tanak ironkan baju aku lak. Haisshh.   Ade satu hari tu, masa makan kat JUSCO, ade la sorang awek comel melintas depan kitorang. Aku pon terpandang awek tu tanpa niat (ikutkan tak berdosa la kan?..) ADEH!! Terus kena cubit peha aku dari bawah meja. Cemburu buta lak bini aku (mentang-mentang la aku hensem..). Ape lagi, menjerit la aku kat situ.   Maunye tak kuat, satu foodcourt tengok kitorang, termasuk awek tadi.. Arghh first time kot rasa malu giler camtu. Rasanye muka aku lagi merah dari sos cili atas meja. Sakit wooo bini aku cubit. Huhu.. Kesian la kat bakal anak-anak kami nanti. Haha..   Tapi yang bestnya, skarang aku dah xyah basuh baju, iron baju sendiri.. Sume dah ready made. Hehe. Bab-bab iron baju ni memang aku x berapa sket. Kalau dulu masa belom kawin, skali iron baju, sebulan aku pakai. Haha. Malas basuh sebab tanak iron lagi! (Oppss kantoi..). Pastu baju2 bergelimpangan atas katil. Aku memang suka tido atas kain baju ni (padahal malas kemas). Skarang... hehehe.   Lagi yang best, time aku demam ke, x sihat ke, rasa diri ni cam dihargai je.. Yela, kira ade orang take care la. Totalcare!! Hehehe.. Kalau masa belom kawin dulu pepandai la bawak diri kalau demam. Huhu, sadis3..   Pastu kan, skarang kehidupan aku kira tersusun la.. Maklum la dah ade 'PA'.. Kalau banding ngan dulu, hmm.. x produktif sangat la kehidupan aku. Sekali-sekali dia kejut aku bangun solat malam, kadang-kadang dia tegur kalau aku lama tak baca Quran.. Hmm sejuk hatiku. Maklum le kita ni bukan malaikat, iman turun naik. Jadi kena ade yang tolong ingatkan. Ini la pentingnya cari isteri yang solehah!   Buat isteriku yang comel dan tercinta Terima kasih kerana marah kalau abang tido lambat Boleh la abang bangun awal-awal pagi Then kita solat Subuh sama-sama..   Tapi kalu abang tak bangun gak, ayang cubit je pehe abang abang xkan murka.. Lagi abang sayang ade la..   Buat isteriku yang comel dan tercinta Terima kasih kerana jaga makan minum abang Tengok skarang abang da nak gemok da Takde la kurus je macam mula2 kawin dulu..   Ke memang nak abang jadi gemuk ni? Ayang takut orang lain berkenan kat abang ek? Jangan bimbang atau ragu okeh, Cintaku hanya eksklusif untukmu sayang..   Buat isteriku yang comel dan tercinta Terima kasih kerana tolong iron baju abang Sebab abang memang allergic sket bab iron2 baju Jangan risau la nanti abang potong rambut..   Skarang abang dah tak selekeh macam dulu Rambut da kemas, baju da kemas, senyum memanjang Hidup terurus, amal pon terjaga, badan pon berisi juge Argghh, nyesal giler kawin LAMBATTTTTTTTTTTTTT!!!

Kan Bez Kalau Ade org mcm ni...

Hari ni hari ulang tahun perkahwinan kita yang ke-6..."Selamat Ulang Tahun Syg. Saya harap kita dpt baby k tahun ni". Saya buat wish sambil tiup lilin perkahwinan kita. Dah lame kita kahwin, tapi xdapat baby. Mungkin xde rezeki. Tapi tak pe, yang penting awak sentiasa ada dengan saya. Seminggu lepas tu, awak muntah-muntah. Saya cakap mungkin awak mengandung kot. Tapi awak cakap tak de lah. Mungkin sebab tersalah makan. Saya cepat-cepat bawak awak pergi klinik. Saya risau kalau ape-ape jadi dekat awak. Kesian saya tengok, sampai muntah dalam kereta. Saya terus pecut laju. Akhirnya sampai jugak dekat klinik. Tekaan saya betul. Tak lama lagi sy nk jd Papa. Wow,xsabarnya saya...!!!

Awk pulak asyik muntah-muntah je. Makan tak lalu. Buat ape sume tak lalu. Macam-macam saya cube nk hilangkan rase loya awak. Saya buatkan air limau supaya awk tak loya lg. Awk tak larat nk minum sbb masam sangat. Saya cuba lagi. Mak saya suruh awak minum air herba. Jd,saya renehkan utk awak. Sy suruh awk minum, tibe-tibe awk sembur dkt muke sy. Mmg patut pun sy kene. Pahitnya...Tuhan aje y tahu. Dh dekat sebulan akhirnya pregnant sick awk pun dh setel. Baby kita pun dh berumur 4 bulan. Ntah macam mne la rupa die kan. Mesti comel mcm mama die. Tak pun ensem mcm papa die. Tiap-tiap mlm mase awk tido, sy mesti bacekan ayat Quran utk baby kite. Sy harap die jd anak yg baik. Baik mcm mama die. kekadang sy sembang-sembang dgn baby kite. Orang kate baby kite boleh dgr ape y kita ckp. Walaupun sy ni agak excited, tp mgkin dgn care mcm ni sy dpt tunjukkan betapa sygnye sy dekat baby kita...

Hari ni dh 7 bulan umur baby kite. Dokter ckp awk kena mkn mknan y berkhasiat. Ape lagi,dgn kreativity y sy ade, sy msakkan mkanan y berkhasiat untuk awk dgn baby kite. Tiap pg awk kene minum susu. Awk kene mkn mknan y berprotien tinggi dh berkalsium. Walaupun awk ckp sy ni control awk,tp sy xpeduli...awk pulak dh xberapa larat nk buat kerja rumah. Jd, sy pulak la y kemas rumah,basuh pinggan,cuci baju,mop lantai,masak. Sy jugak dh sediakan bilik utk baby kite. Sy hiaskan dgn warne hijau.Siap dgn katil baby. Comel. Tiap2 malam sblom tido, sy mesti jenguk bilik tu...tak sabarnye sy...

Satu pagi, Kak Esah telefon sy y awk dh nk bersalin. Sy nk berada disisi awk. Temankan awk kt dlm bilik bersalin. walaupun sy fobia darah,tp demi awk,sy harungi jugak. Sy drive keta laju2. Tak nk lepaskan peluang y paling sy tunggu2...tp, sy xsempat nk tgk baby kita. Sy kemalangan awk...xdpt nk temankan awk...tak dpt nk cium baby kite...xdpt nk laungkan azan kt telinga baby kite...tp sy x kisah,awk dh lahirkan putera y sgt comel.Ensem mcm papa die..."Papa tgk dari jauh ye syg...."...

kadang - kadang saya rindu mereka

saya rndu  mreka... hahaa... myra n aby..... kawan sejoli bak merpati pulang ke sarang..=)

kadang - kadang saya rindu mereka

hahhahaa..kecik je aimi je........


rndu nyer kat azlina...sobs..;(




ct hajr.,, hahhaaa.


my heart la...=)

kadang - kadang saya rindu mereka

rndu nyer kat dorn..alia  , ikin bilis a..k.a awanis, puteri , aimi

mereka kawan baik saya dirumah

kat umah xde spe yg yg umo nk dekat2 ngn ak..sume kocik2..alahai..... x pe2..don wory my adek2. kak ngah tettap syg korang.. ble korang xde rndu glerr nk mati..  huhuhuhu... first and foremosr nur saadah ahmad kabir..; bwu thun 4 ..simpan sume rhsie ak ..hahaa...yg plg bes tman ka dating.. xpe2 ak bwak muhrimmmm...=)
adek ak yg kedua ahmad fadzil. erm kecik je org nyer ..bru thun 2... syg ko.mmuaxxx... n lastly muadz bukhari..pmals nk bgn pg g skolah..adoyaiiiiiiiii..... u re my hearttttttttttttttttt..=)

JANGAN MENCARI TERLALU SEMPURNA (DR.FADILAH KAMSAH)

 BUAT PEDOMAN BERSAMA.     Jika kamu memancing ikan.... Setelah ikan itu terlekat di mata kail, hendaklah kamu mengambil ikan itu.... Janganlah sesekali kamu LEPASKAN ia semula ke dalam air begitu saja.... Karena ia akan SAKIT oleh kerana bisanya ketajaman mata kailmu dan mungkin ia akan MENDERITA selagi ia masih hidup.    Begitulah juga .........  Setelah kamu memberi banyak PENGHARAPAN kepada seseorang... Setelah ia mulai MENYAYANGIMU hendaklah kamu MENJAGA hatinya.... Janganlah sesekali kamu meninggalkannya begitu saja.... Kerana dia akan TERLUKA oleh kenangan bersamamu dan mungkin TIDAK dapat MELUPAKAN segalanya selagi dia mengingatmu....     Jika kamu menadah air biarlah berpada, jangan terlalu mengharap pada takungannya dan janganlah menganggap ia begitu teguh.... cukuplah sekadar keperluanmu.... Apabila sekali ia retak.... tentu sukar untuk kamu menambalnya semula.... Akhirnya ia dibuang....  Sedangkan jika kamu cuba memperbaikinya mungkin ia masih dapat dipergunakan lagi....    Begitu juga jika kamu memiliki seseorang, TERIMALAH seadanya.... Janganlah kamu terlalu mengaguminya dan janganlah kamu menganggapnya begitu istimewa.... Anggaplah dia manusia biasa. Apabila sekali dia melakukan KESILAPAN bukan mudah bagi kamu untuk menerimanya.... akhirnya kamu KECEWA dan meninggalkannya.  Sedangkan jika kamu MEMAAFKANNYA boleh jadi hubungan kamu akan TERUS hingga ke akhirnya....     Jika kamu telah memiliki sepinggan nasi... yang kamu pasti baik untuk dirimu. Mengenyangkan. Berkhasiat. Mengapa kamu berlengah, cuba mencari makanan yang lain.. Terlalu ingin mengejar kelezatan. Kelak, nasi itu akan basi dan kamu tidak boleh memakannya. Kamu akan menyesal.     Begitu juga jika kamu telah bertemu dengan seorang insan..... yang pasti membawa KEBAIKAN kepada dirimu. MENYAYANGIMU... MENGASIHIMU... Mengapa kamu berlengah, cuba MEMBANDINGKANNYA dengan yang lain. Terlalu mengejar kesempurnaan. Kelak, kamu akan KEHILANGANNYA apabila dia menjadi milik orang ain Kamu juga yang akan MENYESAL.... 

adek2 ku syg ..=)

mereka kawan baik saya dirumah

Ayat2 Yg mmbuatkn Wanita sering Terpedaya Dgn Tipu Helah Lelaki

Tanda2 Lelaki Yang Tidak Baik:        Bila laki tu cakap, “Awk...walaupun dah berbelas tahun bersama awk...sya tak penah ada org lain...hanya awk sorang sj...”   Then girl tu tntu jawab, “awk tak borink, ek??”   Laki tu tntu balas, “saya tak penah borink ngn awk...awk cute...dr dulu smpai skrg..”.   Dlm msa yg sma, laki tu angkut girl tu ke hulu ke hilir cam bini dia..mmg ar dia mngaku tak borink...puas hati asalkan ada girl yg tman dier. Girl tu tak cute pown..sj puji spy dia rsa syok nk lyan....then sbnarnya waktu girl tuh tak ada...dah rmai dah girl lain yg dia usha.....        Then, laki tu ckp, “Saya rasa kn, awk lebih cute kalo pkai bju nih, tak apa..tkar ar bju...lg slesa..tak pnas. (bju yg mmudahkan proses mngintai)”   Dlm hati girl tuh, “wokey....ni akn jd bju favourite akuh, ni..”.   Sbnarnya tak comel pown, girl tu pkai cam tu...sj je...sng skit boy tu nak lpaskan nafsu mata...dpt tgk sj pun ckup ar..tak dpt pegang pun tak apa..imagine jew sndiri..        Bila boy tu sembang...dia cuit bahu girl tu.. dgn slamba, “kita kan kwn....”.   Pd hal....dlm hati... “wah....lmbut giler bahu minah ni...kalo ak dapat pluk nih...gerenti esok dpt baby....”.   Come on la girl...prmpuan jnis apakah anda andai sng2 dpt dipegang sana sini???        Bila cintanya ditolak, laki tuh ckp..”its ok... I always waiting for you. Hope still dpt jd bestfrend awk..” Dlm persahabtan tuh, dia slalu jln2 ngn girl tu mrata-rata tak knal siang mlm...Biasa la...member, kan.....????   Pd hal, kalau btul dia cintakan girl tuh, dia akn cuba jg maruah girl tuh.              ok....this boy mmg baik ar..dimata pmpuan... Ayat dia ckup harmoni... “wak...jom jalan2...borink giler. Dah beku otak nih, study...”.   Girl tu ckp... ”ok...tapi saya bwak kwn bley tak?takut nnti org pikir apa plak.”   Dgn pnuh gntleman... ”apa slhnya...sgan la plak, kalo kita berdua je..”   girl tu mmg terharu n dlm hati, "so sweet....really understanding..".   Kat sini mmg slalunya girl terpedaya n cair hbis ar...pd hal sbnrnya dlm hati laki... “sj jew...tnjuk baik....nampak ar cam hormat dia...bdak uia la ktakan...hah,hah,hah...”       Mmg nampak SEPERTI rekaan n agakkan smata2... Girl akn ckp, “tak smua laki cam tu, kowt...”. Dan kalu tny llaki, llaki tntu tak akn mngaku. Tapi ingt2lah pesanan Rasulullah.. Apakah ciri plg jelas tuk knali lelaki yg baik... Siapa lbih bnr, Rasulullah ke..bf anda???       Wahai saudari...sbnarnya anda jarang sdar...mudah sgt nk knali n bezakan antara llaki yg baik dgn yg jht...mmg anda tak bleh bca air muka kami...jd Rasulullah ajar anda..Anda sj yg tak prasan...   Rasulullah pernah berpesan,  “wahai lelaki, tundukkanlah pandangn mu...jagalah mata mu”.   Lelaki yg baik akn sntiasa menjaga pndangn matanya..   Cirinya sgt mudah dilihat, tapi sangat sukar ditemui...    Girls...cuba fikir balik...apa hadiah istimewa yg mampu anda brikan kpd suami anda nanti.. hadiah yg mampu bezakan antara dia dr lelaki2 lain, andai tubuh anda dah pernah disentuh oleh rmai lelaki...   Lelaki mana pun...akn terasa andai dia tahu,  ok...dlu bini aku ni pnah kluar dgn this guy...this guy tahu apa favourite dia...slalu shopping n jln2 dia suka jln dgn this guy kt skian2 tmpat..suka mkn apa..dia ketawa cam mana.....         “Lelaki...pikir2 ar skit bro...kalau kamu nak bwak anak dara org n wat dia cam bini kamu, kahwin ngn dia...ko angkut dia kesana kemari... esok dia tu jadik bini aku...walaupun aku tak jangka n ikutkan tak nak pown, tapi dah itu takdir aku! aku tak nak hampas beb. Sape nk bekas ko??walaupun ko tak pnah sntuh dia!”...   Ok....alright..alright.....smua llaki akn ckp cam tu..for sure..kalo kita dah tahu n nmpak sorg mamat nih ber'romantic' dgn girl yg akn jd istri kita... Mmandangkan kita tak tahu siapa yg akn jd isteri kita, so...jgn buat mcm tu kt ank org...fikir2 ar sndiri... Kita ni Islam....Nak ke...kna cam tuh?  B4 kahwin...ada jantan mna2 ntah bwa isteri kita ngn pnuh drama mcm bju dia??     Wahai gadis....ingatlah..sesi perkenalan sblum perkahwinan hanyalah sewaktu dalam pertunangn..   Dlm Islam, tak penah wujud istilah “cop”, “couple”, “dating”, dsb..yg wujud hanyalah pertunangn n pernikahan...     Jgn skali2 anggap,  “k...aku mmg jahat, so ssuai ar ngn mamat nih. Keluar sma2 pown tak pe ah..dah dua2  jht...lg pown nanti ak nk kawin ngn dia jg..”. Ssungguhnya jodoh pertmuan i2 di tangn Allah... Once andai anda dpt suami yg baik....menyesal pun tak guna...yg pasti...anda cuma akn rsa kesal dan bersalah seumur hdup....Pasti tak ada seorg pn manusia rela hdup dgn rasa ksal..     Stiap insan itu pernah mlakukan kesalahan...andai telah terlanjur...bersamalh kita bertaubat kpdNya.. Allah sntiasa bri pluang tuk kita brubah slagi Dia izinkan jantung kita berdenyut.. Kita tak tahu bila ia akn berhenti...Disaat denyutan itu berhenti..maka tamatlah masa yg Dia bg tuk kita...         Girls.....jdlah mutiara asli...sgt sukar ditemui..apatah lagi ditatapi....Wallahua'lam..  

Perempuan mg begini :)

Andai lelaki tahu..Apabila seorang perempuan jatuh cinta,lelaki itu tidak semestinya punya segalanya tetapi lelaki itu adalah segalanya di hatinya.   Andai lelaki tahu..Apabila seorang perempuan itu mengalirkan air mata, itu bukan bermakna dia lemah, tetapi dia sedang mencari kekuatan untuk terus tabah menyintai lelaki itu.   Andai lelaki tahu..Apabila seorang perempuan marah, memang dia tidak mampu mengawal perasaannya tapi percayalah, itulah maknanya dia sangat mengambil berat dan menyayangi lelaki itu. Lihat saja pasangan yang baru bercinta, mereka jarang bergaduh. Tetapi percayalah semakin bertambah sayang mereka pada seseorang, semakin pula banyak pertelingkahan yang berlaku.   Andai lelaki tahu..Apabila perempuan bercakap banyak, dia tidak pernah bermaksud untuk membuat anda rimas, tapi dia mahu lelaki mengenalinya dengan lebih dekat.   Andain lelaki tahu..Apabila perempuan berkata dia mahu anda berubah, itu bukan bermakna dia tidak mahu menerima anda seadanya, tetapi dia mahu menjadikan anda lebih baik, bukan untuk dirinya, tetapi untuk masa depan anda.   Andai lelaki tahu..Apabila perempuan cemburu dan tidak percayakan anda, bukan bermakna dia tidak sayang..tetapi dia terlalu sayangkan anda dan masih mengangap anda anak kecil yang masih memerlukan sepenuh perhatian. Kadang2 dia terlalu risau sekiranya terlalu percaya, anda akan mengkhianati kepercayaan yang diberi. Naluri keibuannya sangat kuat. Dia hanya mahukan yang terbaik untuk anda.   Andai lelaki tahu..Apabila perempuan merajuk, jangan kata dia mengada-ngada. Dia bukannya mahu dipujuk dengan wang ringgit atau hadiah sedozen, tetapi cukup dengan perhatian yang boleh buat perempuan rasa dihargai.   Andai lelaki tahu..Apabila perempuan jarang mengatakan ‘i love u’, itu tidak bermaksud dia tidak menyintai tetapi dia mahu lelaki itu merasai sendiri cintanya, bukan hanya hadir dari kata-kata tetapi juga melalui bahasa tubuhnya.   Andai lelaki tahu..Apabila perempuan kata dia rindu sama kamu, dia benar-benar maksudkannya. Apabila berjauhan, bayanganmu akan sentiasa bermain di mata.   Andai lelaki tahu..Apabila perempuan kata lelaki lain itu lebih baik dari kamu, jangan percaya kata-katanya kerana dia hanya mahu menguji kamu. Dia mahu melihat sejauh mana kamu sanggup menjadi yang terbaik di matanya. Walaupun sebenarnya memang kamulah yang terbaik di hatinya. Selagi dia dengan kamu, percayalah, walaupun perempuan menganggap masih ramai lagi yang lebih baik di matanya tetapi di hatinya, kamu tetap yang terbaik.   Andai lelaki tahu..Apabila perempuan menjadi degil, dia bukan bermaksud untuk menjadi degil tapi dia mahu melihat sejauh mana lelaki itu mampu bersabar dengan kerenahnya. Percayalah, hati perempuan itu sangat lembut. Andai kena caranya, jangan terkejut kalau akhirnya dia menukar fikirannya dalam masa sesaat.   Andai lelaki tahu..Apabila perempuan berkata, “tolong tinggalkan saya!”, dia tidak bermaksud menyuruh anda pergi selamanya. Dia hanya mahu menenangkan fikirannya sebentar saja. Apabila dia kembali tenang, percayalah dia akan mencari anda semula. Itu tandanya dia benar-benar menyintai anda. Perempuan sukar untuk mengawal perasaan. Dia terlalu emosional. Tapi dialah yang paling menyayangi anda dan sangat sensitif dengan perubahan pada diri anda.   Andai lelaki tahu..Sememangnya Allah menciptakan lelaki dan perempuan itu dengan perbezaan yang tersendiri. Tetapi sekiranya mereka saling memahami, mereka akan saling melengkapi dan menyempurnakan . Perempuan itu diciptakan oleh Allah indah sekali. Di sebalik air matanya, tersimpan seribu satu kekuatan yang bakal menjadikan seorang lelaki itu merasa selamat bersamanya. Biarpun zahirnya perempuan itu tampak lemah tapi dia punya kekuatan tersendiri yang bisa menggoncang dunia dan mungkin bisa pula membuat lelaki menjadi lemah kerananya. Jadi hargailah kehadiran seorang perempuan dalam hidup anda kerana dia didatangkan bukan dengan kelemahan sahaja tetapi dia juga ada kekuatan untuk menyongkong anda dan membuatkan hidup anda lebih sempurna. Dialah yang bakal menjadi perempuan bekerjaya, isteri juga ibu yang terbaik untuk anak2 anda.

Mana suami saya? Mana anak-anak saya?

"Abang ni, pakai tu elok-elok la sikit," kata Julia lembut sambil membetulkan pakaian Ahmad. Ahmad tersenyum memandang isterinya.   "Cantik isteri abang hari ni," Ahmad mencubit pipi Julia lembut.   "Ayah, ayah, cepat la yah," Liz dan Lin meluru masuk ke bilik kerana dah tak sabar-sabar nak bertolak pulang ke kampung.   "Yelah, yelah, ayah dah siap ni."   Julia hanya tersenyum melihat suaminya itu melayan karenah anak-anak mereka yang comel dan manja. "Abang, dah lama kita tak balik kampung macam ni, ye?"   "Iyelah, maklumlah abang ni sibuk dengan urusan perniagaan. Baru kali ni abang ada peluang untuk cuti panjang." Ahmad berkata kepada isterinyatercinta.   Perjalanan daripada KL ke Teluk Intan mengambil masa lebih kurang empat jam. Liz dan Lin dah pun terlelap kat kerusi belakang. Begitu juga dengan isterinya, Julia. "Tak sabar rasanya nak tiba kat kampung," Ahmad berkata dalam hati.   Sedikit demi sedikit Ahmad menekan minyak keretanya. Semakin lama keretanya semakin laju dan Ahmad semakin seronok. Ahmad dah tak sabar untuk segera sampai ke kampungnya. Pedal minyak ditekannya lagi dan Honda Civicnya mula memecut. Ahmad cilok kiri, cilok kanan. Habis semua kenderaan dipotongnya. Bangga betul Ahmad masa tu. Terlupa dia sekejap pada anak dan isterinya yang sedang tidur.   "Eh abang, kenapa bawa laju sangat ni?" tiba-tiba Julia terjaga dari tidurnya.   "Tak ada apa la sayang, rileks... cepat sikit kita sampai kampung nanti."   "Sabar bang, sabar. Biar lambat tak apa.... jangan laju sangat bang, Julia takut." Julia cuba memujuk Ahmad supaya memperlahankan kenderaannya.   "Rileks Julia, tak ada apa-apa," Ahmad terus memotong bas ekspres didepannya tanpa was-was.   "Haaa..kan, tengok. Tak ada apa-apa kan?" kata Ahmad setelah berjaya memotong bas ekspres tadi.   "Sudah la tu bang."   "Ha... tu ada satu lagi bas ekspres. Julia tengok abang motong dia aaa...." Ahmad terus masuk gear 3, pedal minyak ditekannya hingga jejak ke lantai. Ahmad terus membelok ke kanan untuk memotong dan.... di depannya tersergam sebuah lori balak yang besar dan gagah dan..... BANG!!.     "Julia....bangun nak," sayup-sayup terdengar suara emaknya.   Julia membuka matanya. Dia terlihat emaknya di situ. "Mana abang Ahmad mak? Macam mana dengan suami saya, mak? Liza, Linda....mana anak-anak saya mak?" Bertubi-tubi Julia menyoal emaknya. Julia tak dapat menahan kesedihannya lagi. Julia menangis semahu-mahunya di depan emaknya. Emaknya memandang Julia tepat-tepat.   "Macamana dengan suami Julia mak, abang Ahmad?" Julia masih terus menangis.   PANGGG!!. Kepala Julia ditampar oleh emaknya dengan tiba-tiba. Julia terdiam. Kenapa emaknya buat dia macam tu?   "Banyak la engkau punya suami! Muka dahlah tak cun, belajar pun malas, kerja pun takde, ada hati nak berlaki. Apa punya anak dara la kau ni?? Tu la, tidur lagi senja-senja macam ni! Dah! Bangun pegi sembahyang! Asar pun dah nak habis!" emaknya terus merungut sambil berlalu keluar....... dan Julia tersengih keseorangan.Rasa macam nak masuk dalam tin biskut! "   Sumber: اسمي شريفة أمينة   Moral cerita: jangan tidur di waktu senja. lagi-lagi anak dara. tak manis.